Bahaya Berkawan Dengan Pemimpin Keras, Kejam Dan Zalim


Bahaya Berkawan Dengan Pemimpin Keras, Kejam Dan Zalim


KEKERASAN dan kekejaman gabenor pada zaman Umaiyah, al-Hajjaj ibnu Yusuf al-Thaqafi sudah terkenal dalam sejarah Islam khususnya kisah kepungan dan serangan terhadap Makkah hingga merosakkan Kaabah.
Ini kerana al-Hajjaj diperintahkan oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan selepas sahabat RA, Abdullah ibnu Zubair RA mengisytiharkan diri sebagai khalifah di Makkah pada 64 Hijrah.
Abdullah yang juga anak sepupu Rasulullah SAW dan cucu Saidina Abu Bakar RA, dibimbangi memberikan saingan kepada kerajaan Bani Umaiyah, mendapat sokongan besar daripada umat Islam.
Pemilihan al-Hajjaj dibuat Abdul Malik kerana perwatakan dan kepemimpinan yang keras serta tidak mudah mengalah tetapi ia juga menyebabkan serangan manjanik atau pelontar peluru batu merobohkan sebahagian Kaabah.
Kepungan itu juga akhirnya menewaskan Zubair hingga menyebabkan Khalifah Abdul Malik melantik al-Hajjaj sebagai Gabenor Makkah, Madinah dan Taif.
Kekerasan yang dilakukan al-Hajjaj itu turut dicemuh oleh khalifah daripada Bani Umaiyah sendiri, iaitu Umar ibnu Abdul Aziz RA.
Ia terbukti apabila beliau memecat seorang gabenor yang pernah berkhidmat jawatan sama di bawah arahan al-Hajjaj. Lelaki itu mendakwa hanya berkhidmat dalam tempoh pendek tetapi Umar berkata:
“Bersama al-Hajjaj sehari atau kurang daripada itu sudah cukup menjadikan engkau jahat.”
Ia bertepatan dengan perbandingan Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Abu Musa RA:
“Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat seperti berkawan dengan penjual minyak wangi serta tukang peniup api di bengkel besi.
Jika berkawan dengan penjual minyak harum ada kalanya engkau disapukan minyak wangi atau engkau membeli kepadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat mencium bau wangi. Jika berkawan dengan peniup api di bengkel besi ada kalanya pakaianmu boleh terbakar atau setidak-tidaknya engkau mencium bau busuk.” (HR Muslim)
Maulana Jalaluddin Rumi mengumpamakan berkawan dengan pemimpin jahat ibarat lelaki dirantai kakinya pada naga yang tidak akan dihampiri haiwan buas tetapi apabila naga itu terbang kelak, barulah lelaki itu tahu langit tinggi rendah.
Mengatur kemaslahatan umat merupakan tanggung jawab terbesar seorang pemimpin. Kemakmuran atau kesengsaraan suatu masyarakat sangat tergantung pada peran yang ia mainkan.
Ketika seorang pemimpin berlaku adil sesuai dengan petunjuk Syariat Islam maka masyarakat pun akan sejahtera. Demikian sebaliknya, ketika pemimpin tersebut berlaku zalim dan tidak jujur dalam menjalankan amanahnya maka rakyat pun akan berujung pada kesengsaraan.
Oleh kerana itu, pada hari kiamat kelak, pemimpin yang adil akan dijanjikan dengan berbagai macam keutamaan oleh Allah SWT. Sementara pemimpin yang zalim dan tidak jujur dalam menjalankan amanahnya pula akan diancam dengan berbagai macam ancaman.
Di antara bentuk ancaman tersebut adalah sebagai berikut:
Menjadi Manusia yang Paling Dibenci oleh Allah Ta’ala
Dari Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِ

“Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim.” (HR. Tirmidzi)
Allah Meninggalkannya pada Hari Kiamat dan Tidak Akan Mengampuni Dosa-Dosanya
Sebuah riwayat dari Abu Hurairah radiyallahu anhu menyebutkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلاَ يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ شَيْخٌ زَانٍ وَمَلِكٌ كَذَّابٌ وَعَائِلٌ مُسْتَكْبِرٌ

“Tiga orang yang Allah enggan bercakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. (Dia) tidak sudi memandang muka mereka, (Dia) tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda). Dan bagi mereka disiapkan siksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, Penguasa yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabur.” (HR. Muslim)
Akan Dimasukkan ke Dalam Neraka serta Diharamkan Syurga Baginya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَيُّمَا رَاعٍ غَشَّ رَعِيَّتَهُ فَهُوَ فِي النَّارِ

“Siapapun pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka.” (HR. Ahmad)

Dalam riwayat lain, Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنِ اسْتَرْعَاهُ اللهُ رَعِيَّةً ثُمَّ لَمْ يُحِطْهَا بِنُصْحٍ إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الجَنَّةَ. متفق عليه. وفي لفظ : يَمُوتُ حِينَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاسِ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ.

“Barangsiapa yang diangkat oleh Allah untuk memimpin rakyatnya, kemudian ia tidak mencurahkan kesetiaannya, maka Allah SWT haramkan baginya surga.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dalam lafaz yang lain disebutkan, ”Ialu ia mati dimana ketika matinya itu dalam keadaan menipu rakyatnya, maka Allah SWT haramkan surga baginya.”
Tentunya masih banyak riwayat lain yang menyebutkan tentang ancaman Allah SWT terhadap para pemimpin yang menzalimi rakyatnya.
Bentuk ancamannya pun tidak ada yang ringan, hampir keseluruhannya mengingatkan kita akan besarnya dosa seorang pemimpin ketika dia berbuat zalim kepada rakyatnya.
Apatah lagi ketika mereka dengan sengaja berbohong di hadapan rakyat demi mempertahankan jawatanna.
Kewajipan Menasihati Pemimpin Dan Larangan Membenarkan Kezaliman Mereka
Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya akan adanya para pemimpin yang suka bersikap zalim dan suka berbohong di hadapan rakyat.
Kita sebagai umatnya, tidak hanya diperintahkan untuk bersabar menghadapi keadaan tersebut, namun lebih daripada itu, Rasulullah SAW juga mengingatkan untuk senantiasa berpegang teguh pada nilai-nilai kebenaran dan selalu menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata, “Untuk siapa?” Beliau bersabda, “Untuk Allah, kitabNya, RasulNya, Imam kaum muslimin, dan orang-orang kebanyakan.”(HR. Muslim)
Nasihat secara diam-diam merupakan pilihan awal dalam melawan kemungkaran. Namun ia bukanlah satu-satunya cara untuk meluruskan kesalahan penguasa.
Ketika nasihat dengan cara tersebut sudah tidak diindahkan, maka Rasulullah SAW pun memberikan motivasi lain kepada umatnya untuk merubah kemungkaran penguasa.
Motivasi tersebut ialah pahala jihad yang dijanjikan kepada umatnya yang menyampaikan kebenaran di hadapan penguasa zalim.
Dari Abu Said Al-Khudri Radhiallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ أَوْ أَمِيرٍ جَائِرٍ

“Jihad yang paling utama adalah mengutarakan perkataan yang adil di depan penguasa atau pemimpin yang zalim.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Lalu ketika usaha tersebut tidak dihiraukan lagi dan pemimpin tersebut tetap pada prinsipnya yang menzalimi rakyat, maka Rasulullah SAW mengingatkan umatnya untuk menjauhi pemimpin tersebut serta jangan sampai mendekatinya, apalagi membenarkan tindakan zalim yang mereka lakukan.
Sebab, ketika seseorang tetap mendekati pemimpin zalim tersebut dan membenarkan apa yang dilakukannya maka ia akan terancam keluar dari lingkaran golongan umat Muhammad SAW dan ia tidak akan mendatangi telaganya nanti di hari kiamat.
Dari Ka’ab bin Ujroh radhiyallahu ‘anhu ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar mendekati kami, lalu bersabda:

إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي أُمَرَاءٌ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهمْ ، فَلَيْسُ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ ، وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ حَوْضِي ، وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ

“Akan ada setelahku nanti para pemimpin yang berdusta. Barangsiapa masuk pada mereka lalu membenarkan (menyetujui) kebohongan mereka dan mendukung kezaliman mereka maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak boleh mendatangi telagaku (di hari kiamat).
Dan barangsiapa yang tidak masuk pada mereka (penguasa dusta) itu, dan tidak membenarkan kebohongan mereka, dan (juga) tidak mendukung kezaliman mereka, maka dia adalah sebahagian dari golonganku, dan aku dari golongannya, dan ia akan mendatangi telagaku (di hari kiamat).” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)
Demikianlah beberapa bentuk ancaman yang disebutkan Nabi Muhamaad SAW terhadap pemimpin zalim serta bagaimana seharusnya kita menyikapi kezaliman tersebut.
Kebenaran harus tetap dipegang, sedangkan kesalahan harus senantiasa diluruskan.
Nasihat tetap diutamakan namun amal ma’ruf nahi mungkar tidak boleh dilupakan. Wallahu ‘alam bis shawab!


Buka juga :

Post a Comment

Silahkan berkomentar

Previous Post Next Post